Kehidupan Peribadi Shah_Indrawan_Ismail

Pada 1 Julai 2011, dengan sekali lafaz sahaja Tomok sah menjadi suami kepada pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Siti Rahayu binti Abas yang berusia 32 tahun pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli berwalikan bapa Rahayu, Abas bin Mohd Saidon.

Rahayu Abas menerima sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12,697.11, mas kahwin berjumlah RM300, cincin, sirih junjung, set barang kemas, sepersalinan baju, jam tangan dan beg, set minyak wangi, senaskah Al-Quran, sebiji kek dan telekung. Manakala pihak pengantin lelaki pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran iaitu jam tangan, , coklat, sebiji kek, sepasang kasut, set minyak wangi, dompet, sepersalinan baju Melayu, sejadah, senaskhah Al-Quran dan sirih junjung.

Kedua-dua mempelai kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna krim rekaan Hatta Dolmat. Dijangkakan seramai 200 tetamu termasuklah keluarga dan rakan media akan memeriahkan majlis nikah bertemakan urban kontemporari berwarna ungu dan emas itu. Sementara itu, pasangan pengantin Tomok dan Rahayu Abas telah melangsungkan tiga majlis resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai).[1]

Rujukan

WikiPedia: Shah_Indrawan_Ismail http://www.facebook.com/tomokshahindrawan http://www.mohdrohaizad.com/2011/07/nikah-tomok-ra... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://newboyzsamarinda.blogspot.my/2014/09/ http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://newboyz.highforum.net/ https://musicbrainz.org/artist/2b5893b6-20b4-4814-... https://viaf.org/viaf/539145857134122922995 https://www.wikidata.org/wiki/Q5099901#